Wednesday 22 June 2016

assalamualaikum..
hari ni perjalanan pengajaran aku berjalan seperti biasa.
untuk darjah 2 aku ajar bab sunat wuduk, bawak budak2 trun bawah pi tempat wuduk,
tunjuk diorang wuduk praktikal, tp cuma 2 orang pelajar wakil, kalau ramai2 xckup masa.
darjah 4 pulak aku aja tajuk solat sunat mutlak. solat sunat mutlak ni xmcam solat2 sunat yg lain, solat ni
xd nama, buat sbb nak dkatkan diri pada allah..

k la nak out, esok jmpe lgi, abu anak ku da nangis tu..hihi..tata

wassalam.

Monday 20 June 2016

PREKTIKUM BERMULA..

assalamualaikum.. 21/6/2016

12 jun 2012 Ahad
aku ditempatkan di Sekolah Agama Parit Sulong untuk prektikel.
byk bnde nk kne wat. ros, rph, bbm..mcm2 lg lah. 
lbh lgi da ade ank..kne bg masa ngn ank lg, mcm2 nk kne buat.
tp, alhamdulillah sb aku stay umh mak pak aku, jdi family byk tolong lah ape yg aku xsmpt buat..
untuk 3 bulan ni, kne duk jauh la ngn suami, jauh2 rndu, bila dkt btekak, haha.. 
hari2 kne2 pk nak buat bbm ape? adoi.. payah gak..
sehari klu buat rph, 2 3 jam x siap2..nak memikirnye..adoi, 
mengajarnye 30mnt jer.ok lah..anak da nagis.. nak buat kje dulu.. wassalam


Monday 11 February 2013


cuti sekolah masih panjang..
jangan habiskan masa anda dengan perkara yang sia2..
buat tenaga pengajar, haa..jagn lupa siapkan keje sekolah 
yang x siap lagi tu ye..


Monday 21 January 2013

Wednesday 16 January 2013


Definisi E-Learning Dan Perlunya E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

                E-learning adalah konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan dengan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untukkeseluruhan penghantaran data dan maklumat pengajaran daripada pengajar kepada pelajar. Oleh itu, sebahagian besar konsep e-learning ini akan melibatkan penggunaan computer dan internet. Selain itu, ada juga alatan elektronik lain yang boleh digunakan untuk P&P, antaranya ialah internet, intranet, satelit, tape audio/video, tv interaktif dan CD-ROM. Ianya amat perlu untuk kegunaan dalam sistem e-learning ini, kerana ianya banyak memudahkan pelbagai pihak. Sistem ini amat sesuai untuk digunakan dizaman ini berikutan kemajuan zaman teknologi ini. Ianya secara lansung akan meluaskan pengetahuan seseorang dalam bidang teknologi seiring dengan meningkatkan kemahiran guru-guru.

Kebaikan E-learning

                E-learning boleh dijadikan sebagai mod pengajaran bagi kedua-dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa dan separuh masa. Melalui kaedah ini, segala data-data pengajaran boleh dibuka pada bila-bila masa sahaja oleh pengajar ataupun pelajar. Mereka akan lebih mudah untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa perlu bersemuka. Fungsi e-learning ini juga membantu pelajar, ini adalah kerana dengan cara ini lebih mudah dan pelajar tidak perlu mengeluarkan banyak kos, contohnya untuk mencari buku tambahan. Tetapi dengan adanya e-learning ini ianya dapat banyak membantu para pelajar. Di samping itu ianya bakal membantu pelajar menyelesaikan segala tugasan yang diberikan dengan sempurna. E-learning  juga memudahkan pelajar untuk bertanya kepada pengajar tentang apa yang tidak difahami di dalam kelas tanpa perlu bersemuka, ini kerana ada juga sebahagian pelajar yang masih mempunyai masalah malu untuk bertanya kepada guru secara bersemuka.

Keburukan E-learning

                Setiap yang baik pasti ada buruknya, antara keburukkan e-learning adalah akan menjadikan seseorang pelajar itu malas untuk menghadirkan diri ke kelas. Ini adalah kerana, mereka berpendapat bahawa walaupun mereka tidak ke sekolah, mereka akan dapat sama seperti apa yang rakan-rakan dapat di dalam kelas. Tetapi mereka silap, kerana sesungguhnya pembelajaran di dalam kelas amat berbeza berbanding pembelajaran alamaya di hadapan komputer. Pembelajaran di dalam kelas dan menghadap pengajar dapat memberikan kefahaman yang lebih. Selain itu,  pembelajaran alamaya ini juga amat menyusahkan bagi pelajar yang kurang berkemampuan, khususnya buat mereka yang tidak mempunyai komputer ataupun talian internet. Di samping itu juga, ada sesetengah pelajar yang menyalah gunakan kelebihan ini dengan perkara-perkara yang negatif, contohnya seperti menonton cerita yang tidak baik, memuat turun filem-filem lucah dan lain-lain.

Kesimpulan

                Di sini dapat saya simpulkan bahawa, proses pengajian secara e-learning ini kadang-kadangnya membantu dan kadang-kadangnya juga membawa kepada yang negatif. Tetapi semua itu atas dasar kesedaran setiap individu itu sendiri yang menyalahgunakan sesuatu. Di sini juga guru-guru sebagai pendidik perlu mengambil berat tentang anak didikannya dan pandai mengawal setiap perilaku mereka agar matlamat pengajaran yang dirancang berhasil. Semoga program pembelajaran dan pengajaran dalam bentuk e-learning ini dapat membantu para pendidik zaman sekarang agar dapat melahirkan generasi yang celik IT akan datang.

Sumber rujukan